solehah

..::WaNIta SolEHah PEnGhibUr HaTi::..






WANITA SOLEHAH….

SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH



INILAH WANITA SOLEHAH

TIDAK MEMBIARKAN DIRI

MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....


DIRINYA TENTERAM

MEMBIARKAN HIBURAN

KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI



SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI


SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA

LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA



NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

Muslimah dan gambar??



- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

Salam.



Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.

Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.



Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.



Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah.

Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
(setiap inci tubuh wanita itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)



Wallahu A’lam.



moga kita dapat ambil iktibar,amal yg mana patut,dan sampaikan kpd siapa yg tak tahu,insyallah,

Assalamualaikumwarahmatullah ~

Maafkan ana andai terluka kan hati korangg

Assalamualaikum....erm...dh lme rasenye xupdate blog ni...
huh, tak lama lagi nak imtihan...dah sedia ke??hehe........(^_^)

dibawah ni ade puitis(cheee...), khas buat teman2 yang paling ku sayang(sahabat2 didalam kelas 3 KAA..terutamanye muslimah2 dalam kelas tuu....) rindu plak kat korang...3 tahun bersama..macam2 perangai ade...khikhikhi.. ;p
Syukur pada ALLAH S.W.T kerana mengurniakan sahabat sebaik korang...

Maafkanlah ana seandainya ana pernah melukai hati korang semua, sama ada tersengaja atau tak tersengaja..........ana sentiasa doakan korang agar berjaya dalam pelajaran, dunia n akhirat...

Sebelum exam nanti jgn lupa baca doa...hehe..(mcm xtau plak..)

Puisi ini khas buat teman-teman yang amat kusayang

Teman,
ku bersyukur kepadaNya
kerana kita dipertemukan
dalam medan perjuangan ini Tidak kusangka
pertemuan yang tak terduga ini
membuahkan kasih antara kita
satu nikmat pemberian dariNya
yang amat kuhargai

Terima kasih pada mu teman
yang sudi bersama-samaku
di waktu suka mahupun duka

Teman
masih ku ingat
engkau sentiasa membantu ku
dalam kesukaran menjalankan kerja jemaah
di waktu itu tiada seorang yang sudi menghulurkan bantuan
tapi dirimu sentiasa berada di sisiku
walau dirimu jua punya masalah yang tersendiri

Dan masih ku ingat
terlalu banyak dugaan kita hadapi bersama
namun persahabatan ini tidak pernah goyah
malah semakin utuh
kerana kita berpegang pada satu keyakinan yang sama

Teman
ku akui...
tidak mudah untukku mendapat sahabat sepertimu
dan maafkan diriku
seandainya dalam persahabatan ini
pernah ku lukai perasaanmu
dan dengan kekurangan dariku
dalam masa kita bersahabat

Teman
ku bermohon
agar kita akan mencapai kebahagiaan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat sana
dan ku bermohon
moga ukhuwah ini akan sentiasa dalam rahmat
dan mendapat syafaat dari Ilahi
di satu masa nan abadi…