'Di Sebalik air mata wanita.......'

"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita...
tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah..."


iluvibu.....forever.....(^_^)

.-~Keistimewaan Niat~-.

Niat itu lintasan hati. Oleh kerana terlalu banyaknya perkara yang melintas di dalam hati, niat itu adalah lintasan nekad hati terkawal. Seperti contoh, anak mata kamu tersorot pada seekor beruk, lalu hati kamu berdetik;

'Wah, lawanya' (lintasan luar kawal).

'Nak tengoklah' (lintasan terkawal).


Dengan erti kata lain, kamu nekad menghendakinya dan kehendak itu datang dari diri kamu sendiri. Sedang lintasan hati luar kawal adalah sesuatu yang terdetik secara sendiri. Bukan atas dasar kehendak kamu.

Positifnya niat dapat menjana daya usaha yang berterusan dan gerak kerja cemerlang dalam menggapai matlamat. Sebaliknya, Penyalahgunaan niat akan menjerebakkan pengguna ke arah sia-sia dan pembaziran.

Saidina Umar meriwayatkan hadis Rasulullah SAW:

'Sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat. Dan bagi setiap individu itu menurut apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka hijrahnya adalah bagi Allah dan rasulNya. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang akan dinikahi, maka hijrahnya untuk apa yang dia kehendaki''.

Sesuatu pekerjaan yang diusahakan dengan niat yang berterusan akan membuahkan hasil seperti yang diniatkan, walaupun tidak seindah yang dibayangkan. Berbeza dengan sesuatu perbuatan yang terlalu sering diperbicarakan. Kerana pengaruhnya kerajaan hati, mampu mengawal selia tindak tanduk anggota badan. Tidak seperti lidah yang tidak bertulang. Akibatnya jadilah seperti pepatah melayu '
cakap tak serupa bikin' atau 'indah khabar dari rupa'.

Niat yang seragam di kalangan ahli anggota sesuatu pasukan mampu merealisasikan objektif, misi, dan visi persatuan. Keseragaman niat juga akan menyelaraskan kerjasama antara ahli jawatankuasa dalam usaha mencapai target.

Namun, istimewanya niat yang didasari kerana Allah, atau untuk mencari keredhaanNya, atau sebagainya, yang kembali kepada Allah, maka individu itu akan berusaha
menurut kehendak syara' (Allah dan rasulNya); bertanggungjawab, amanah, menjaga halal haramNya, sentiasa mengawasi tindak tanduknya dan sebagainya.

Maka tidak timbul cerita penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual, main-main mata sesama AJK sewaktu mesyuarat dan sebagainya. Kerana seluruh anggota badan telah tunduk kepada fokus lintasan nekad hati, kerana Allah Ta'ala.

Sabda Rasulullah SAW:
''Sesungguhnya, dalam jasad itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh jasad, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasad. Sesungguhnya itulah hati.''

Begitu juga jika kamu melakukan sesuatu kerana seseorang, kamu akan melakukannya menurut kehendaknya, kesukaannya, dan berhati-hati dari kebenciannya.

Inputnya, dalam usaha mencapai target, usahakan satu lintasan nekad di dalam hati yang berterusan setiap masa, untuk menjana daya usaha konsisten dan gerak kerja cemerlang ketika menguruskan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka hijrahnya adalah bagi Allah dan rasulNya. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang akan dinikahi, maka hijrahnya untuk apa yang dia kehendaki.

Oleh itu perbetulkanlah niat kita sebelum melakukan sesuatu perkara. InsyaAllah, kita akan berada di landasan yang benar.

Persoalan Pemuda


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

Allah cintakan hamba2nya yang......

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda : ALlah telah berfirman : " Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu?

Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga,

dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

solehah

..::WaNIta SolEHah PEnGhibUr HaTi::..






WANITA SOLEHAH….

SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH



INILAH WANITA SOLEHAH

TIDAK MEMBIARKAN DIRI

MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....


DIRINYA TENTERAM

MEMBIARKAN HIBURAN

KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI



SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI


SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA

LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA



NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

Muslimah dan gambar??



- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

Salam.



Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.

Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.



Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.



Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah.

Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
(setiap inci tubuh wanita itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)



Wallahu A’lam.



moga kita dapat ambil iktibar,amal yg mana patut,dan sampaikan kpd siapa yg tak tahu,insyallah,

Assalamualaikumwarahmatullah ~

Maafkan ana andai terluka kan hati korangg

Assalamualaikum....erm...dh lme rasenye xupdate blog ni...
huh, tak lama lagi nak imtihan...dah sedia ke??hehe........(^_^)

dibawah ni ade puitis(cheee...), khas buat teman2 yang paling ku sayang(sahabat2 didalam kelas 3 KAA..terutamanye muslimah2 dalam kelas tuu....) rindu plak kat korang...3 tahun bersama..macam2 perangai ade...khikhikhi.. ;p
Syukur pada ALLAH S.W.T kerana mengurniakan sahabat sebaik korang...

Maafkanlah ana seandainya ana pernah melukai hati korang semua, sama ada tersengaja atau tak tersengaja..........ana sentiasa doakan korang agar berjaya dalam pelajaran, dunia n akhirat...

Sebelum exam nanti jgn lupa baca doa...hehe..(mcm xtau plak..)

Puisi ini khas buat teman-teman yang amat kusayang

Teman,
ku bersyukur kepadaNya
kerana kita dipertemukan
dalam medan perjuangan ini Tidak kusangka
pertemuan yang tak terduga ini
membuahkan kasih antara kita
satu nikmat pemberian dariNya
yang amat kuhargai

Terima kasih pada mu teman
yang sudi bersama-samaku
di waktu suka mahupun duka

Teman
masih ku ingat
engkau sentiasa membantu ku
dalam kesukaran menjalankan kerja jemaah
di waktu itu tiada seorang yang sudi menghulurkan bantuan
tapi dirimu sentiasa berada di sisiku
walau dirimu jua punya masalah yang tersendiri

Dan masih ku ingat
terlalu banyak dugaan kita hadapi bersama
namun persahabatan ini tidak pernah goyah
malah semakin utuh
kerana kita berpegang pada satu keyakinan yang sama

Teman
ku akui...
tidak mudah untukku mendapat sahabat sepertimu
dan maafkan diriku
seandainya dalam persahabatan ini
pernah ku lukai perasaanmu
dan dengan kekurangan dariku
dalam masa kita bersahabat

Teman
ku bermohon
agar kita akan mencapai kebahagiaan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat sana
dan ku bermohon
moga ukhuwah ini akan sentiasa dalam rahmat
dan mendapat syafaat dari Ilahi
di satu masa nan abadi…