- muhAsaBah DirI -

artikel ni ana ambil dari blog iluvislam...untuk dijadikan renungan bersama....


MUHASABAH DIRI...


Click to view full size image



Teman,
Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak berkesudahan.

Seorang ulama' telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu.

Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang.

Kita jugapernah mendengar kisah bagaimana seorang 'abid di zaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya yang inginkan keseronokan maka dia akan berguling di atas padang pasir yang panas sambil mengatakan kepada dirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahan daripada azab neraka yang lebih panas daripada itu.

Seorang yang lain pula menangis sehingga hilang penglihatannya kerana menyesal dengan dosa yang
dilakukan.
Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimana seorang hamba yang bertaqwa tetapi pada suatu hari
seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak nafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorang
pelacur yang dilihatnya tetapi sebelum terlanjur ke arah kemunkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ juga kerana begitu ketakutan dengan apa yang cuba dilakukan.

Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman?
Godaan dan cubaan berada di sekitar kita.

Adakah kita
telah cuba sedaya yang mungkin di dalam menghindarinya
ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling?

Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang
melata.

Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimana
yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hamba yang baik
ialah mereka yang beragama dan menyediakan
bekalan amalan selepas mati. Manakala orang
sombong adalah mereka yang mengikut kehendak
nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah
semata-mata.



http://www.smktar.edu.my/solat_imad.gif


Teman,
Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai
teman?.
Adakah kita merasakan ia sudah banyak dan
mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah
mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat
kepada Allah selama 70 tahun.
Allah telah mengutuskan
malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnya
yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk
merasai nikmat Syurga Allah.
Lalu dia menyatakanbahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untuk
beribadat bukannya mengharapkan balasan.
Apabila malaikat memberitahu kepada Allah tentang jawapan yang
telah diberikan maka Allah menyatakan bahawa Dia telah
mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu.


Rabi'ah 'Adawiyah salah seorang daripada waliullah telah
menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan kerana
takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapi
dilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya.

Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap dia
akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia
sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang
bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan
usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.

Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawa
mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa
daripada dosa-dosa yang lain.




Teman,
Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa
ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.

Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka.

Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi.

Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik dengan kata-kata pedas : Wahai orang yang bongkak! Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?.

Rasulullah beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa
mengamalkan salam kepada para sahabat sehingga para
sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa maka
Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang
memberi salam bukannya mereka

Bagaimana dengan kita wahai teman? Hayatilah hadis Rasulullah yang
diriwayatkan oleh imam Tarmizi :
'Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang oleh Allah kelak.'

books



Teman,
Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu
kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.

Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan kelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat dicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadat kerana
rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasa mengerjakan amalan yang baik dan soleh.

Renunglah dirimu wahai teman!



Juga diri ini yang banyak dosa dan maksiat padaNya...
Moga terampun segala dosa dan khilaf...
(secara jujurnya,..mmg ana banyak buat dosa padaNYA..
YaALLAH...ampunilah dosa hambamu yang hina ini....)

Nasehat-nasehat

Salam'alaikum...

(Artikel2 dibawah ni ana dapat dari seorang abang di Mesir...thanks)



م): " ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة ولا يزكيهم ولا ينظر إليهم ولهم عذاب أليم: شيخ زان وملك كذاب وعائل مستكبر "

“ Tiga( jenis manusia) yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, juga Allah tidak akan menyucikan mereka dan tidak pula memandang kepada mereka, sedang bagi mereka siksa yang pedih, yaitu laki-laki tua yang suka berzina, seorang raja pendusta, dan orang miskin yang sombong”.( HR Muslim : 1/102-103).


Sheikh Yahya bin Mu'adz ra berkata: Tanda cinta (kpd Allah) adalah:

1.Ketika ia melihat kebesaran Allah di dalam diri dan alam ini maka ia merasa tenteram

2. Jika disakiti ia sangat sabar,

3. ketika diberi ujian dan cubaan ia berjalan bersama berjalannya waktu seakan-akan tidak terjadi sesuatu apapun,

4. dia seorang penganten (mulia) kelak di dalam kubur,

5. orang dihormati kelak juga di padang mahsyar di hari pembalasan.


__________________________________________________________

-(Ukhuwahfillah....)-

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...

Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILH dengan apa yang kita ada !!

Hidup tak perlu terlalu sempurna,tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati,ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita...oleh itu hargailah.



PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Lemahnya diri ini...YaAllah..............

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri



Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…



Ya Allah… Lemahnya diri ini..
Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku
Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin....

'erti persahabatan'




Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...
Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan mebela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti… kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa...
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia.

Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu...

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu..
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...



Sekadar ingatan buat diriku yang sering lupa...


SALAM UKHUWAH BUAT SAHABATKU....