Sahabatku sayang...jalan ini bukan mudah.....

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu?

+ Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq!

+ Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq.

+ Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.


Tulus,

~

Assalamu'alaikumwarahmatullah.........

syukur alhamdulillah....hari ni ana berkesempatan untuk menulis kat blog ni.....
dh lame rasenye x meng'update' blog ni...bnyk gk artikel2 yg t'lepas post....

hurm br lepas trial pmr, tu yg sibuk tu...hehe...(mcm sibuk sgt je....) alhamdulillah, keputusn xlh teruk sgt tapi dapat 1a je.....yg len sume sipi2 je.....
Harap2 yg sipi2 tu akn bertukr mnjadi A.....ameen...insyaALLAH..........

hrmm....rsenye xde ape lg nk tulis....so....

ahlan wasahlan wamarhaban ya ramadhan....(^_^)

Salam Ramadan ana ucapkan kepada semua umat islam....

Dunia & wanita berpurdah

Suatu kisah...

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.-------------------------------


Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy", berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.



Maka Malaikat Jibril pun bertanya, "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari 5 orang, iaitu:

- Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

- Kedua, orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

- Ketiga
, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

- Keempat, orang yang suka bercakap tentang hal dunia di dalam masjid.

- Kelima, orang yang suka minum arak."

(kala jengkin neraka lagi dahsyat..)

Tingkatkan Iman Dengan Alam



Sesungguhnya Allah bahagikan kita kepada 3 komponen iaitu rohani, jasmani dan akal. Kita diamanahkan untuk menjaga ketiga-tiga komnponen ini dalam rangka untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Dari segi jasmani, kita hendaklah menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berzat dan seimbang dalam masa yang sama kita perlu bersenam untuk membantu badan kita sentiasa sihat.

Untuk akal, kita belajar dan berfikir untuk memenuhi tuntutan aqli .

Semantara itu, untuk roh kita perlu penuhi dengan bekalan sebagaimana perut yang sentiasa memerlukan makanan. Terutama sekali bila mana kehidupan kita yang dari sehari ke sehari sentiasa dipenuhi dengan kegelapan jahiliyah. Jadi roh perlukan kekuatan untuk melalui suasana-suasana kegelapan yang pekat ini. Keperluan roh hendaklah sentiasa dilazimkan dengan baca Qur’an, berzikir, iman yang subur.


Hakikat nilai insan disisi Allah adalah Allah menilai hamba yang hebat adalah hamba yang bertaqwa. Allah tidak pandang seseorang itu melalui kepandaian, kekuatan jasmani, atau kecantikan. Kenapa kita riadah, kenapa kita makan, kenapa kita menuntut ilmu adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan keimanan dan ketaqwaan di sisi Allah. Bila kita perhatikan keindahan alam yang luas terbentang, kita dapat melihat kekuasaan Allah yang Maha Hebat. Penciptaan yang unik dan berbeza-beza. Kalau kita cari daun yang terdapat pada sebatang pokok, dapatkah kita temui daun yang betul-betul serupa dan sama. Begitu bijaksananya Allah menciptakan semua ini.

Cubalah kita berinteraksi denga alam kita dapat merasai hebatnya Allah jadikan alam. Marilah kita sama-sama merenung ayat suci Al-Quran. Ayat suci di mana sewaktu Allah turunkan ayat ini kepada Rasulullah SAW, baginda menangis sedih. Andailah semua manusia faham ayat ini, Surah Ali Imran:190-194

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

192. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun;

193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti;

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".


Allah hamparkan bumi kepada kita sebagai sebuah kitab yang terbuka sedangkan Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tertutup. Apa yang Allah ceritakan dalam Al-Quran, Allah hamparkan kepada kita dalam bentuk yang paling nyata dan jelas. Di dalam Al-Quran Allah ceritakan bahawa Allah Maha Menghidupkan, Allah Maha Menjadikan dan Allah Maha Mematikan. Kepercayaan kita terbina dengan melihat kejadian alam. Allah menjadikan daripada ada kepada tidak ada, Allah menjadikan dengan ketentuanNya pada suatu masa sebatang pohon berbuah dan pada satu ketika kemudian pohon tersebut mati. Setelah itu Allah tumbuhkan semula pohon yang baru bagi menggantikan pohon yang lama. Begitulah kitaran alam yang Allah dah susun.

Oleh itu, marilah kita perhatikan sekeliling kita bagaimana burung boleh terbang, ikan berenang di lautan, keunikan ular dan cacing bergerak tanpa kaki. Allah Maha Berkuasa yang menjadikan semua ini. Allah boleh menghidupkan dan mematikan dan tidak mustahil Allah boleh menjadikan dunia ini kiamat. Telah disebutkan di dalam Al-Quran yang mulia bahawa Allah menjadikan alam ini sebagai kitab yang terbuka kerana Allah berfirman bahawa apa yang Allah telah janjikan itu benar, malaikat itu benar, hari akhirat itu benar, rasul-rasul itu benar, Al-Quran itu benar.

Allah boleh menjadikan dan Allah boleh memusnahkan. Contohnya kita lihat peristiwa tsunami. Siapa sangka air yang lembut itu boleh memusnahkan. Kita lihat sendiri dari sudut sains, air yang lembut sekiranya diletakkan di dalam freezer peti sejuk, maka air akan bertukar sifatnya daripada lembut kepada keras. Renungkan betapa uniknya ciptaan dan kekuasaan Allah.

Cuba kita perhatikan betapa damainya mata memandang rimbunan pohon-pohon yang kehijaun, tenangnya langit membiru yang terbentang luas memayungi kita. Cuba bayangkan sekiranya Allah jadikan langit berwarna merah dan pokok berwarna jingga, apakah perasaan kita? Gusarkah kita melihat warna-warna yang tidak tenang? Dari situ kita dapat lihat betapa sayangnya Allah pada kita, betapa Allah sangat memahami keperluan dan kehendak hati kita denagn member ni’mat yang macam-macam kepada kita. Betapa kita dapat merasai satu perasaan yang indah saat kita memandang langit yang biru, laut yang terbentang luas dan pohoh-pohon yang segar merimbun.

Biarkanlah akal kita berfikir tentang ciptaan Allah dan kejadian alam dikala berdiri, duduk atau berbaring supaya setiap amalan dan setiap nafas kita dihitung sebagai ibadah supaya tidak sia-sia kehidupan kita di sisi Allah.

Syed Qutb menerangkan bahawa orang-orang mu’min kagum terhadap ciptaan Allah dan khusyu’ beribadah kepada Allah sehingga timbul perasaan takut kepada Allah lantas mereka berdoa,

“ Ya Allah, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka”

Allah jadikan diri kita sebaik-baik kejadian. Allah memberi kita terlalu banyak ni’mat dan kelebihan. Malah, Allah telah jadikan bumi ini untuk tunduk kepada manusia. Cuba kita bayangkan jika Allah perintahkan air yang turun ke bumi itu memilih orang-orang beriman sahaja menggunakannya bagaimanalah jadinya. Apabila orang yang tidak beriman kepada Allah menggunakan air, maka air akan bersuara “ Aku tidak mahu melayan dan memenuhi hajat engkau kerana engkau tidak beriman kepada Allah, engkau tidak boleh menggunakan aku kerana engkau melupakan Allah..” Bayangkan bumi yang kita pijak ini marah bila orang yang tidak beriman berpijak di atasnya “ Engkau tidak beriman, aku tidak redha kakimu berpijak padaku”. Dari situ kita dapat lihat bagaimana hebatnya kasih sayang Allah. Betapa Rahman dan Rahim Allah terhadap sekelian makhlukNya.

Kita sebagai manusia, di mana kita letakkan Allah di hati kita?? Berapa banyak kasih sayang kita kepada Allah jika benar kita cintakan Allah?? Oleh itu, apabila kita merenung alam, bertambahlah iman kita kepada Allah, betapa kita merasa kerdilnya kita di sisi Allah. Hanya Allah yang berkuasa terhadap alam ini. Macam mana kita nampak alam ini hebat sebegini dan macam mana kita nak kaitkan rasa hebat kita kepada Allah. Bagaimana kita hendak timbulkan dalam hati kita kehebatan ciptaan Allah, bagaimana kita gunakan akal kita untuk berfikir sehingga meresap rasa kehebatan itu dalam hati kita. Adakah kita melihat alam ni hanya untuk seronok-seronok sahaja?, adakah hanya melafazkan Subhanallah sahaja tanpa kita ambil pelajaran daripadanya? Tidak cukup hanya lafaz Subhanallah dan kita pun rasa tak puas dengan ucapan-ucapan tersebut apabila kita memerhatikan kehebatan-kehebatan yang Allah beri.

Cubalah tingkatkan keimanan kita kepada Allah dengan mengambil isi pelajaran yang dapat dicungkil dari isi alam. Wallahu ‘alam.

Pengakuan Lelaki terhadap Wanita

http://www.ayatayatcintathemovie.com/img/wallpaper1/w4_800.jpg



Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

nasehat



Pantun Nasihat


Silalah sahabat2 yang di muliakan,
marilah menyusun kata bicara...
berkias atau terus.....
agar beri kesan pada hati.....
menambah keinsafan dan membawa ketenangan.
Insyallah.

Izinkan hamba memula acara
kata di atur agama di syiar
andai hamba tersalah bicara
harap di tegur jangan di biar

Berbuat baik eratkan ukhwah
bila bertemu senyum menyerlah
perbanyak kan lah perkataan dakwah
Tuhan kamu besarkan lah

Tegak berdiri di ruang tamu
seorang panglima hebat lagaknya
korbankan diri dan harta milik mu
demi agama tersebar seluruh nya


Ditepi tasik ramai belia
mengail sepat letak di pasir
jangan asyik mengejar dunia
agar akhirat tidak tercicir


Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang.
Dua tiga boleh ku cari,
Jangan tinggalkan solat fardhu 5 waktu, wajib tau!


Menguatkan iman ada caranya
baca al quran dan amalkan nya
masjid bukan sekadar binaan nya
tapi amalan yang ada di dalam nya

Sekian lamanya nabi pergi
agama terabai sepi sendiri
bicara agama di rasa rugi
bila teman jauhkan diri

Tutplah pintu jangan berbunyi
nanti terjaga ibu dan bayi nya
kubur itu tempat yang sunyi
quran di baca sebagai peneman nya....